Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais sejak Jumaat lalu sebagai penculikan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beberapa petunjuk yang boleh dikaitkan sebagai kes penculikan dikesan pihaknya sepanjang siasatan dijalankan.

"Kita tidak menolak kemungkinan dia (Morais) menjadi mangsa culik dan kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 36 Kanun Keseksaan.

"Kita juga mempunyai banyak sebab untuk mempercayai yang Kevin menjadi mangsa culik dan apa yang boleh dikatakan kes ini bukan kes orang hilang," katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Dewan Sri Pinang, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau berharap orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai kes ini dan meminta bersabar sehingga polis selesai menjalankan siasatan.- hmetro.com.my


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.