Vapor: Majlis Fatwa masih kumpul data

Vapor: Majlis Fatwa masih kumpul data


IPOH - Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menolak kemungkinan penggunaan rokok elektronik (vapor) sama seperti yang telah diputuskan terhadap rokok dan shisha.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu jelas memandangkan penggunaan vapor dilihat mampu menjejaskan kesihatan serta membazirkan wang ringgit.

"Dari segi asasnya kita sudah letakkan syarat terhadap penggunaan rokok elektronik ini.

"Kalau ianya memudaratkan kesihatan dan membazirkan wang ringgit, kita  tidak akan sama sekali bersetuju," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Wacana Eksekutif Indeks syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak, di sini, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rokok elektronik vapor dikhuatiri penyebab kanser ]

Hadir sama Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Menurut beliau, pihaknya sedang giat mengumpul maklumat dan dapatan berkaitan kesan menyeluruh terhadap penggunaan vapor yang popular di kalangan anak muda pada ketika ini.

"Kita dah bincang rokok, shisha dan itu pun (vapor) kita boleh samakan (haram) bila cukup dapatan (maklumat) nanti," katanya.

Mengulas kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap vapor, Abdul Shukor berkata, agensi terbabit masih menunggu laporan penuh daripada doktor-doktor pakar yang terlibat secara langsung dengan perkara itu.

"Mereka telah maklumkan bahawa hanya menunggu laporan penuh daripada pakar-pakar mereka berhubung kajian terhadap penggunaan vapor,' katanya.

Comments

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong