Siapa sumber dana politik pembangkang dalam kempen PRU?



Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata dengan tercetusnya isu dana politik yang hangat diperkatakan sekarang, inilah masa terbaik untuk melakukan pembaharuan yang telah lama diamalkan oleh parti-parti politik negara-negara maju. - Foto TRP


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mencadangkan agar semua parti politik mengisytiharkan sumber dana politik yang diterima terutama bagi tujuan menghadapi pilihan raya.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata dengan tercetusnya isu dana politik yang hangat diperkatakan sekarang, inilah masa terbaik untuk melakukan pembaharuan yang telah lama diamalkan oleh parti-parti politik negara-negara maju.

“Apabila Najib mengulangi seruannya semalam, Awang setuju sambil berharap DAP yang pernah membantah cadangan itu sebelum ini juga akan sama-sama merealisasikannya.

“Selama ini pun Awang tertanya-tanya daripada mana parti pembangkang mendapat dana politik yang begitu banyak,” katanya.

Menurut Awang, Najib telah menyatakan kesediaan UMNO berhubung perkara tersebut sebagaimana beliau merintis sistem pemilihan parti yang lebih demokratik dan terbuka, jadi DAP dan PKR tidak boleh terus ketinggalan di belakang.

Malah, ramai tahu untuk memasang bendera dan poster calon DAP dan PKR pada PRU-13 yang lalu, upahnya jauh lebih tinggi berbanding yang dibayar oleh Barisan Nasional (BN).

“Begitu juga habuan besar buat tentera siber seperti Red Bean Army (RBA).

“Itu sekadar satu dua contoh, banyak lagi yang boleh dibuat ukuran.

“Siapa tangan-tangan di dalam dan di luar yang membantu mereka?” soal Awang.


Sumber : http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/02/siapa-sumber-dana-politik-pembangkang-dalam-kempen-pru/

SPRM: RM2.6 bilion duit penderma, bukan 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.
Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.
“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM.
“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.
Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan  SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM.
“Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM,” kata suruhanjaya itu lagi.
SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.
“Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh,” katanya.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.