Serah diri kerana dituduh suspek pengeboman Bangkok

Serah diri kerana dituduh suspek pengeboman Bangkok


BANGKOK - THAILAND. Seorang model dan pelakon warganegara Australia menyerah diri ke balai polis semalam kerana terdapat pihak menuduhnya sebagai suspek pengeboman kuil, Isnin lepas.

Menurut Straits Times, Sunny Burns, 26, bekerja sebagai pengajar persendirian Bahasa Inggeris telah mengkongsikan gambar selfie pada hari kejadian untuk memaklumkan kepada keluarganya bahawa beliau selamat.

Burns juga mengkongsikan sebuah foto di Instagram yang menunjukkan dirinya berada di kuil Erawan tersebut pada hari kejadian.

Foto tersebut bagaimanapun diambil beberapa hari sebelum kejadian.

Foto-foto tersebut kemudian menjadi viral dan mencuri perhatian wartawan Thailand, Prasitchai Kumbang yang kemudian mengaitkan Burns dengan suspek pengeboman.

Burns kemudian menyerah diri ke balai polis untuk membersihkan namanya.

"Saya bukan pengganas. Saya pelakon yang 'ting-tong'," kata Burns.

Burns juga memaafkan mana-mana pelayar yang mengkongsikan khabar angin tersebut.

"Tetapi, rasa tak sedap bila anda dipanggil sebagai pengganas," tambah Burns dalam perkongsian lain.

Prasitchai kemudian meminta maaf atas isu berkenaan.

Polis Thailand hari ini mendedahkan fotofit lakaran suspek pengeboman kuil Erawan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah lakaran suspek bom]

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'