Kata kunci Senarai Penuh 20 MP Yang Mahu Menggulingkan Kerajaan merupakan carian paling panas dalam minggu ini.

Suatu ketika dahulu UMNO pernah menggulingkan kerajaan PBS dan kerajaan Pakatan. Walaupun hanya dalam kerajaan negeri tetapi perbuatan jahat UMNO menyebabkan kerajaan ini tumbang bukan melalui pilihanraya. UMNO sangat gembira pada saat itu dan apa sahaja perbuatan UMNO semuanya benar bagi mereka.


Semalam TPM mendedahkan terdapat komplot mahu menjatuhkan kerajaan. Dakwaan TPM disangkal oleh kebanyakan MP UMNO. Mereka yang belum menafikan dakwaan itu adalah di kalangan menteri dan timbalan menteri termasuk TPM sendiri masih belum menafikan dia tidak terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan.

TPM kemudian mendakwa plot menjatuhkan kerajaan dikatuai oleh " Orang Tua " dan kalau ditengok perawakan TPM, beliau juga boleh dikategorikan " Orang Tua" jika dibandingkan dengan KJ.

Perisikan Yang Gagal

Ramai pegawai keselamatan Malaysia maut di Kg. Simunul Semporna kerana perisikan yang lemah.

Bagi Datuk Sahrir Samad, kisah menggulingkan kerajaan lebih kepada lawak jenaka yang tidak berasas. MP UMNO kini saling meragui antara satu sama dengan yang lain.

Shahrir sekali lagi menegaskan, pihaknya tidak terlibat sama sekali dalam usaha menggulingkan kerajaan seperti yang dilaporkan.

Sebenarnya ia satu cerita yang direka. Ia langsung tak benar. Tidak ada sesiapa pun daripada Ahli Parlimen BN yang dihubungi atau menghubungi mana-mana pihak untuk mengetahui sama ada kami mahu atau tidak menyokong kepimpinan kerajaan hari ini," tegasnya

YAS pula mencabar TPM mengemukan senarai 20 MP UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan. Sehingga kini TPM masih gagal mengemukakan nama 20 orang MP UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan.

Jangan sampai risikan yang salah maka ia menjadi satu tuduhan liar yang akan memecah-belahkan lagi MP UMNO. Pastikan senarai 20 orang MP yang mahu menggulingkan kerajaan dalam tangan sebelum mencarut.





Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.