NCSM perjelas isu kanser rokok elektrik

NCSM perjelas isu kanser rokok elektrik


KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menafikan ia mengeluarkan kenyataan bahawa wap nikotin daripada penggunaan rokok elektrik adalah sama dengan sifat asid nitrik.

Sebaliknya, NCSM menjelaskan mengenai perkara yang boleh menjadi pemangkin kepada kanser dalam kalangan pengguna rokok elektrik.

"Apabila cecair nikotin bercampur dengan bahan pelarut lain seperti propelyn glycol dan glycerine yang disedut melalui rokok elektrik dan diruapkan kembali ke udara bersama nitrogen oksida, campuran inilah yang boleh menyebabkan pemangkin kepada kanser dalam kalangan pengguna rokok elektrik," kata NCSM dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ia merujuk kepada laporan media pada 14 Ogos berhubung sifat asid dalam rokok elektrik. -Bernama



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'