Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

MH370: Kerusi pesawat ditemui di Reunion 3 bulan lalu


MH370: Kerusi pesawat sudah ditemui di Reunion 3 bulan lalu

SAINT ANDRE, Reunion: Nicolas Ferrier hampir tidak mengendahkan penemuan kali kedua kerusi berwarna biru. Rutin sebagai pembersih pantai di Pulau Reunion termasuk mengambil serpihan daripada pantai dan di celah batu, justeru kerusi biru mungkin sekadar sampah biasa - tempat duduk bas atau kerusi buaian - detik hatinya.

"Hanya pada Rabu lalu ia menyedarkan saya apa yang mungkin terjadi," kata Ferrier sambil menaiki basikal BMX dan memandang ke arah arus deras ombak. "Ia mungkin sebahagian daripada kapal terbang itu.

" Ferrier menemui kerusi itu pada awal Mei lalu dan semalam dia memberitahu kisahnya buat kali pertama. Hingga kini, tiada siapa yang tahu mengenai penemuan itu kecuali isterinya.

Beliau menjelaskan, serpihan itu terdampar di sepanjang pantai berbatu berhampiran Saint Andre, di sebelah timur Lautan Hindi. Dan minggu lalu, objek yang terdampar di pantai itu menjadi perhatian dunia, selepas dipercayai ia sebahagian daripada sayap sebuah Boeing 777.

Namun, sebelum ini Ferrier tidak tahu apakah kepentingan objek itu. Sisa sampah terdampar adalah sebahagian daripada kehidupan seharian beliau di pantai yang berbahaya itu, apabila tiada siapa yang berani memasuki kawasan pantai yang berarus deras dan dipenuhi ikan jerung.

"Saya juga menemui beberapa beg pakaian, juga pada ketika itu, dipenuhi dengan banyak benda," katanya.

Ketika ditanya apakah yang dilakukannya objek berkenaan, Ferrier berkata: "Saya membakarnya," katanya sambil menunjuk ke arah timbunan abu di kawasan berbatu tidak jauh dari situ. "Itu tugas saya. Saya mengumpul sampah dan membakarnya.

"Saya juga menemui banyak benda milik kapal terbang dan membakarnya tanpa menyedari (kesannya)." Ferrier juga melihat serpihan sayap terdampar pada Rabu lalu - walaupun pada Mei lalu, teritip pada bahagian sayap itu masih hidup.

Ketika ia terdampar sekali lagi pada minggu ini, krustasia yang terdapat pada sayap itu telah mati. "Seperti kerusi itu, saya tidak tahu apakah ia. "Saya duduk di atasnya. Gunakannya sebagai meja. Saya benar-benar tidak memberi banyak perhatian kepada objek itu - sehingga saya melihat mengenainya dalam berita.

" Dengan penemuan itu, timbul pelbagai persoalan mungkinkah beratus lagi objek terdampar di pantai Reunion sejak beberapa bulan lalu dan tidak ada pihak yang memberikan perhatian. - The Telegraph



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..