Korea Utara mahu perang dengan Korea Selatan


Seoul: Presiden Korea Utara Kim Jong Un, hari ini, mengarahkan tenteranya bersedia untuk peperangan selepas kerajaannya menyerahkan tuntutan kepada Korea Selatan supaya memberhentikan siaran propaganda melalui pembesar suara di sempadan kedua-dua negara menjelang esok atau menghadapi tindakan ketenteraan.

Ketegangan memuncak petang semalam, apabila bedilan meriam Korea Utara jatuh ke dalam kawasan Korea Selatan membantah siaran propaganda itu. Korea Selatan membalas dengan beberapa bedilan meriam tetapi tembakan kedua-dua pihak tidak menyebabkan kematian atau kerosakan.

Korea Utara melepaskan bedilan itu selepas sejak hujung minggu lalu menuntut Korea Selatan menghentikan siaran berkenaan atau menghadapi tindakan ketenteraan.

Dalam surat tuntutan 48 jam kepada Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Korea Utara menetapkan 5 petang esok untuk Seoul memberhentikan siaran propaganda berkenaan.

Menteri Pertahanan Korea Selatan Baek Seung-joo memberitahu Parlimen, siaran itu perlu diteruskan sehingga Korea Utara memohon maaf terhadap letupan periuk api baru-baru ini yang mencederakan dua tentera Korea Selatan di zon bebas tentera di sempadan. Pyongyang menafikan bertanggungjawab.

"Ada kemungkinan besar Korea Utara akan menyerang lokasi pembesar suara itu,” kata Baek.
Agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA melaporkan Korea Utara akan meletakkan tenteranya dalam keadaan sedia untuk berperang sepenuhnya mulai jam 5 petang (waktu Korea) hari ini ini. - Reuters
- www.hmetro.com.my


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'