Bekas PM Korea Selatan dipenjara terima dana haram


SEOUL - KOREA SELATAN. Bekas Perdana Menteri wanita pertama Korea Selatan dipenjara selepas Mahkamah Agung mengekalkan sabitan dua tahun hukuman penjara kerana menerima dana politik haram.

Han Myeong Sook, 71, berkhidmat selama setahun sebagai Perdana Menteri Korea Selatan dari April 2006 hingga 2007.

Pada tahun 2010, Myeong Sook dibicarakan atas tuduhan menerima 880 million won (RM3.1 juta) daripada seorang ahli perniagaan bagi membiayai kempen politik bagi mendapatkan percalonan presiden.

Myeong Sook sebelum itu dibebaskan oleh mahkamah daerah selepas mendapati keterangan ahli perniagaan itu tidak boleh dipercayai.

Namun, pada tahun 2013, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun.

Myeong Sook secara automatik kehilangan kerusi di dalam Dewan Negara.

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Perdana Menteri di Korea Selatan, dan kini menjadi bekas Perdana Menteri yang pertama di penjara.

Sementara itu, Myeong Sook menafikan menerima wang haram tersebut  dan menuduh kerajaan menggunakan pendakwa raya negeri untuk mencemarkan reputasinya.

"Saya tidak boleh menerima hakikat itu dan menjadi mangsa 'penindasan politik," katanya.

Di Malaysia, mereka yang dibayar 2.6 bilion masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa diganggu oleh undang-undang. -Sinarharian


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'