Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Asap rokok elektronik tak beri kesan pada sel


SHAH ALAM - Wap rokok daripada rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia.

Wakil jurucakap British American Tobacco, Dr Marina Murphy  berkata, ia merupakan hasil kaji selidik terbaru melibatkan dua jenis rokok elektronik yang dilakukan di Southampton, Britain, baru-baru ini.

“Penyelidik dari British American Tobacco dan MatTek Corporation menggunakan kombinasi ujian yang unik untuk mengkaji potensi dan kesan buruk wap rokok elektronik terhadap tisu yang menjadi laluan udara manusia dan membandingkannya dengan kesan asap rokok.

“Dengan menggunakan robot yang dibentuk mempunyai laluan udara manusia sebagai subjek ujikaji, ia berupaya untuk menunjukkan bahawa aerosol yang digunakan oleh rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia,” katanya
dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, kaedah terbaru kajian itu juga akan digunakan bagi tujuan meningkatkan mutu dan kualiti kawalan bagi produk mereka di masa hadapan.

Wap rokok elektronik boleh mengandungi nikotin, humectants, bahan perasa dan produk degradasi termal. Oleh itu, pemahaman tentang impaknya terhadap sistem biologikal manusia adalah amat penting.

“Sehingga kini, belum ada sebarang ujian aerosol berkenaan potensi kesan buruk wap rokok elektronik ke atas model di makmal yang menyerupai struktur dan fungsi tisu laluan udara manusia,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan British American Tobacco, Marina Trani berkata, hasil kajian itu membuktikan pendedahan berterusan wap rokok elektronik ke atas manusia adalah sama seperti menghirup udara biasa.

“Hasil kajian menunjukkan bahawa asap rokok berupaya mengurangkan kebolehhidupan sel kepada 12 peratus (kadar hampir kematian sel) selepas enam jam. Manakala, aerosol yang dihasilkan oleh dua jenis rokok elektronik pula tidak menunjukkan sebarang penurunan dari segi kebolehidupan sel walaupun didedahkan selama enam jam secara berterusan, hasilnya adalah sama seperti sel yang didedahkan kepada udara biasa.

“Pada ketika ini, tiada ukuran seragam bagi ujian di dalam makmal atau in vitro aerosol rokok elektronik. Namun, protokol yang dihasilkan mungkin amat berguna untuk membantu proses di mana garis panduan ini dapat dikembangkan,” katanya.


Comments

  1. pembahasannya menarik, makasih banyak ya

    ReplyDelete
  2. I got my first electronic cigarette kit off of VaporFi, and I love it very much.

    ReplyDelete

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..