Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau mencuri harta negara.

Beliau memberikan kata dua itu selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di belakang serangan terhadapnya.

"Pihak yang terus melancarkan serangan ini patut bersedia berdepan dengan akibat tindakan mereka.

"Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah, untuk menggulingkan kerajaan akan gagal," katanya dalam kenyataan.

Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai menjawab laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Najib menegaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menegaskan bahawa ini adalah satu percubaan untuk mengguling beliau.

"Ia kini jelas bahawa dakwaan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik," katanya.

Menurutnya, adalah memalukan bahawa serangan palsu itu didorong oleh kepentingan diri ketika wujud peluang yang unik bagi Malaysia - sebagai pengerusi Asean tahun ini, dan status negara maju yang semakin hampir.

Najib berkata beliau tidak gentar dan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negara. -Malaysiakini

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.