Tiada makhluk lain yang suka menabur fitnah selain manusia. seperti Najib, beliau memfitnah bekas Timbalan Menteri kononnya tidak sehaluan dengannya menyebabkan beliau dipecat. Sebaiknya anggap sahaja teguran itu sebagai teguran seorang anak terhadap ayahnya. Takkan kalau si ayah tidak suka ditegur, si anak terus dibuang dalam tong sampah..

Gani Patail dikatakan dipencenkan kerana ada penyakit tapi Gani Patail sendiri tidak tahu apa penyakitnya. Fitnah ciptaan manusia tapi beliau dipecat juga oleh Najib. Jika benar Gani Patail tidak sihat, tribunal mana yang mengesahkan beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta agar rakyat di negara ini tidak mudah percaya dengan persepsi dan fitnah yang dicipta oleh jari-jari manusia dan disebarkan di media-media sosial.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berpegang kepada prinsip mencari kebenaran dan tidak mengaggap sesiapa bersalah sehingga dibuktikan bersalah.




Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.