Harga petrol RON95 naik 10sen seliter

Harga minyak petrol RON95 naik 10sen seliter bermula tengah malam semalam.Kenaikan berlaku walaupun berlaku kejatuhan harga minyak dunia sejak 10 Jun lalu.


Harga RON97 pula akan naik 20sen seliter manakala harga diesel kekal.

RON95 dam diesel sekarang dijual pada harga RM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan harga RM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

Hasan dilapor sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan itu kerana pengumuman awal akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Disember tahun lepas. - Malaysiakini

Terima kasih Barisan Nasional.


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..