Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Ahmad Maslan sedih fitnah padanya jadi 'viral'


Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan hari ini meluahkan rasa sedih dan kecewa atas segala tohmahan jahat serta fitnah terhadapnya yang kini menjadi viral di laman-laman sosial terutama dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Katanya pihak tidak bertanggungjawab turut memfitnah beliau dengan membuka akaun palsu di laman sosial seperti Facebook (FB), Twitter dan sebagainya konon kesemua akaun itu miliknya.

Ahmad berkata beliau tidak pernah memiliki akaun seperti yang tersebar luas dengan memetik kenyataannya yang tidak lengkap sehingga menimbulkan kekeliruan selain kemarahan orang ramai terhadapnya.

"Fitnah ini besar dosanya apatah lagi dalam bulan Ramadan. Mereka ini terus buat fitnah, mereka buat akaun palsu, FB dan Twitter saya, walhal saya tak ada akaun-akaun dan menyatakan kenyataan-kenyataan itu (yang sebenarnya palsu).

"Kadang-kadang kenyataan saya diambil satu patah daripada sejuta patah perkataan. Sebagai contoh apabila saya pergi UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan bertemu lebih kurang 2,000 pelajar dan menjelaskan tentang GST selama dua jam 45 minit.

"Yang dipusing media pembangkang saya cadangkan pelajar memasak sendiri di asrama yang kemudiannya saya jadi sasaran dengan menyebut saya bodoh dan sebagainya.

"Saya ada sebut kalau kita masak sendiri seperti di luar kampus, bahan-bahan utama untuk kita masak itu kosong GST, adalah saya sebut sebaris tapi telah dipusing bahawa saya suruh pelajar masak kat asrama," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita sebelum sesi dialog isu semasa bersama kepimpinan UMNO Bahagian Setiu di Setiu yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Ahmad berkata sempena kemuliaan bulan Ramadan ini selain menjelang Syawal nanti, beliau sedia memaafkan pihak terbabit yang memutarbelitkan kenyataannya sehingga menjadi viral.

"Tetapi, jangan hina arwah ayah dan ibu saya, itu jangan buat dan jangan memfitnah saya, kalau saya tak sebut perkataan itu, janganlah direka-reka kononnya saya sebut, itu fitnah namanya," katanya sambil menggesa pihak tidak bertanggungjawab itu segera berhenti memfitnahnya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Pontian turut tidak menafikan tindakannya tampil memberi penerangan mengenai isu GST dan sebagainya bagi mempertahankan kerajaan, namun malangnya telah menjadi mangsa sasaran pembangkang.

Katanya pembangkang bertindak sedemikian setelah mereka kehilangan punca setelah GST kini semakin stabil dan atas sebab itu mereka memburuk-burukkan keperibadian seseorang dengan menabur fitnah.

- Bernama



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..