Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Teori junaman 'nosedive' rungkai misteri MH370



KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terus merancakkan pelbagai teori dan konspirasi yang tidak pernah suram.

Kali ini sepasukan pakar matematik daripada Texas A&M University mendakwa pesawat Boeing 777 hilang tanpa kesan adalah kerana ia terjunam di Lautan Hindi pada sudut 90 darjah.

Teori junaman sempurna yang dinamakan sebagai 'perfect nosedive' itu mengakibatkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu jatuh dengan keadaan tidak terjejas sekali pun.

Teori ini juga menjelaskan mengapa tiada serpihan atau sebarang limpahan minyak dijumpai sejak pesawat itu hilang pada Mac tahun lalu, kata pasukan matematik ini.

Dalam satu laporan media Australia, Sydney Morning Herald pada Khamis, ahli matematik Texas A&M  University di Qatar, Goong Chen berkata bahan bukti bagi menyokong teori “vertical nosedive” (junaman muncung) menegak adalah sangat kukuh.

Berdasarkan simulasi dinamik cecair pasukan penyelidik ini, satu junaman laut secara menegak hanya mengakibatkan kadar rintangan paling minimum.

Chen berkata, impak junaman itu sekurang-kurangnya hanya mengakibatkan sayap pesawat itu tercabut namun fiuslajnya masih boleh kekal utuh.

Menurutnya lagi, semua serpihan yang berat akan tenggelam kemudian ke bahagian dasar lautan.

"Saat kebenaran mengenai MH370 hanya terkubur menjadi misteri sehinggalah pada satu hari kotak hitam ini akhirnya dijumpai dan dinyahkod.

"Namun kini pihak forensik percaya MH370 terjunam ke dalam laut dalam keadaan junam muncung," kata Chen yang mengetuai simulasi forensik komputer teori itu.

Penyelidikan beliau dan pasukannya telah diterbitkan dalam majalah matematik Notices of the American Mathematical Society untuk isu April.

BACA: Teori dan konspirasi MH370 yang mencabar logik
BACA: Adakah keengganan FAA mampu mengundang kejadian MH370 berulang?
BACA: MH370: Liow nafi laporan JACC, kawasan pencarian tidak diperluas

Sementara itu, dalam satu laporan media Australia, News.com.au pada Khamis,  teori ini mula dibincangkan apabila presiden syarikat penerbangan Emirates, Tim Clark berkata kerajaan Australia hanya menunggu masa untuk  menamatkan pencarian pesawat MH370 itu.

"Sekarang ini persoalan yang tinggal hanyalah bila pencarian MH370 akan ditamatkan.

"Adakah kita mempunyai penyelesaian? Adakah kita mempunyai penjelasan? Sebab? Punca? Tiada.

"Pencarian ini  menyebabkan ia menjadi 'goose chase' (tiada kesudahan), dan insiden ini hanya akan mengulangi sejarah kehilangan Amelia Earhart," katanya kepada Fairfax dalam satu perjumpaan tahunan Pertubuhan Pengakutan Udara Antarabangsa (IATA) di Miami baru-baru ini.

Juruterbang Amelia hilang pada tahun 1937 apabila beliau melakukan penerbangan solo ke seluruh pelosok dunia. Sehingga ini, bangkai pesawat beliau masih belum dijumpai.

Ketika pakar penerbangan masih lagi mempunyai harapan sekiranya MH370 akan dijumpai, para penyelidik masih mencari punca apa yang berlaku kepada pesawat itu.

MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum pasukan mencari beralih tumpuan ke kawasan perairan di barat Australia di selatan Lautan Hindi. -Astroawani

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..