Siling perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali runtuh akibat gempa bumi

Sebahagian siling perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali dekat Ranau, runtuh akibat gempa bumi yang melanda daerah itu hari ini.

Pengawal keselamatan sekolah itu, Mohd Ruzali Suhaili berkata runtuhan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 pagi, namun tiada pelajar atau guru berada di situ itu kerana pusat sumber berkenaan ditutup sejak kejadian gempa bumi melanda daerah itu 5 Jun lepas.

"Sebahagian siling itu memang sudah runtuh ketika gempa bumi baru-baru ini dan siling yang runtuh kali ini memang telah retak sebelum ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Beliau berkata ketika gempa bumi itu semua pelajar dan guru-guru berkumpul di satu kawasan lapang di sekolah berkenaan.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin dalam satu kenyataan berkata pihaknya meninjau lokasi kejadian kira-kira pukul 12.04 tengah hari tadi.

"Siling itu memang telah runtuh akibat gegaran pagi tadi. Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter melanda daerah ini pada pukul 10.54 pagi tadi.

Gempa itu berpusat di 22km barat Ranau dan ia merupakan gempa susulan selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau serta mengorbankan 18 nyawa pada 5 Jun lepas.

- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong