Pekerja wanita restoran KFC menunjukkan isyarat lucah

KUALA LUMPUR: Sebuah video yang memaparkan seorang pekerja wanita restoran makanan segera yang menunjukkan isyarat lucah tersebar di laman Facebook sejak semalam.

Rakaman selama lapan saat itu mendapat 3,887 perkongsian ketika berita ditulis. Insiden terbabit dikatakan dirakam oleh pelanggan yang berkunjung ke premis itu.

Menurut laporan portal The Hype Media, difahamkan, sekumpulan pelajar sekolah berkunjung ke restoran KFC yang terletak di Taman Putra untuk makan tengah hari.

Wanita dalam video berkenaan dikatakan tidak mengizinkan kumpulan terbabit mengabungkan meja kerana perbuatan itu akan menghalang laluan pelanggan lain.

Selepas beberapa siri perbalahan kecil, keadaan bertambah buruk apabila pekerja wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video kumpulan pelajar berkenaan.

Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar turut mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam video wanita itu.

Menyedari dirinya dirakam, wanita itu segera meninggalkan ruang makan sambil menunjukkan isyarat lucah semasa beredar.

Laman Facebook rasmi KFC Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung insiden berkenaan. - Astroawani


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong