Catatan ringkas daripada pengendali blog ini...

Sejak kebelakangan ini, krisis dalam UMNO, yakni bukan dalam Barisan Nasional semakin meruncing. Mahathir dan kunco-kunconya menyerang Najib dan Najib dan kunco-kunconya menyerang Tun Mahathir.

Apabila mereka saling membuka keburukan masing-masing, rakyat mengandaikan semua ahli politik UMNO sudah tentu mempunyai sikap yang sama iaitu sikap buruk demi untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

Dalam berita TV3 sebentar tadi yang menyiarkan berita tentang sekumpulan NGO yang pro Najib menghantar surat kepada Tun Mahathir untuk menghadiri forum Nothing2hide. Forum ini sebenarnya tidak perlu diadakan untuk menelanjangkan kesalahan Tun Mahathir semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sebab semua rakyat sudah mengetahui kesalahnya tetapi orang UMNO masih setia menjilat bekas-bekas najis pemimpin terdahulu. Walau bagaimanapun saya cuba meramalkan kesalahan Tun Mahathir yang akan di kemukakan oleh kumpulan NGO PRO Najib. Antara yang mungkin akan mereka nyatakan :-

1. Pembelian ADUN PBS sebagai dorongan melompat parti ke UMNO.

2. Penglibatan Tun terhadap IC Projek di Sabah.

3. Krisis Perwaja

4. Konspirasi menjatuhkan DSAI yang di warisi oleh Najib

5. Konspirasi pemecatan bekas ketua hakim Tun Salleh Abas.

6. Menangkap ahli politik Sabah dan menyumbat mereka ke kemunting. ( Harap Dr. Jeffrey Kitingan dan Dr. Maximus Ongkili menghadiri forum ini bagi menceritakan kejahatan orang-orang UMNO )

7. Perancang utama kejadian bom di Sabah sebaik PBS menang dalam pilihanraya. Ini terbukti apabila Haris dan Tun Mustapha tidak pernah di tahan ataupun di sumbat dalam penjara.

8. Banyak lagi yang akan dibongkarkan ahli forum...

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.