Microsoft perkenal Nokia 105

 

NOKIA 105 diperkenalkan awalnya lebih kurang dua tahun lalu. Kini, Microsoft secara rasminya memperkenalkan kemaskini untuk keluarga peranti berkenaan, di mana mengekalkan nama sama, tetapi membawakan beberapa pembaharuan baru.

Microsoft dalam pengenalannya mengatakan Nokia 105 ini ditujukan kepada mereka yang sering mengembara.

Melalui Nokia 105 ia menawarkan ruangan simpanan lebih 2000 nama pada buku alamat, dan menawarkan masa bertahan bateri sangat lama dan menyertakan bateri bertahan sehingga 35 hari lamanya dengan sekali pengecasan.

Hadir dengan sistem operasi berasaskan Series 30+, dan skrin berwarna bersai 1.45-inci. Microsoft turut menawarkan variasi dwi-sim untuk Nokia 105 yang membolehkan pengguna menggunakan dua sim melaluinya.

Dari segi harga, Nokia 105 akan berharga sekitar ASD$20 (sekitar RM75) di beberapa negara terpilih. - SINARHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong