Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Kisah kejadian gempa bumi yang tidak dipaparkan


KOTA KINABALU - Kegigihan usaha seorang jurutali dan  pendaki yang mahir, Mithun Jay Langgin menyelamat dan membantu mangsa dalam kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah pada 5 Jun lepas, merupakan sebuah kisah yang tidak pernah dipaparkan sebelum ini.

Hakikatnya, Mithun, memainkan peranan penting dalam operasi menyelamatkan 137 pendaki yang terperangkap di Gunung Kinabalu, tidak ditonjolkan dalam perspektif yang sepatutnya, sebagaimana cerita mengenai penyelamat yang lain.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, memuji Mithun sebagai seorang daripada wira yang tidak disanjung, yang memainkan peranan utama sebaik kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.

Gempa bumi berkenaan telah mengorbankan 18 pendaki dan menyebabkan 137 pendaki termasuk malim gunung terkandas di puncak gunung setinggi, 4,095 meter itu.

Menurut Masidi, Mithun, seorang pegawai muda Taman-Taman Sabah, enggan untuk ditonjolkan, "tetapi saya mahu memberi kredit kepadanya. Beliau merupakan wira yang tidak disanjung,".

Menteri itu berkata, beliau menyedari peranan Mithun selepas laporan mengenai kejadian tragis berkenaan disampaikan kepadanya oleh Taman-Taman Sabah.

Masidi berkata, ini tidak bermaksud untuk memperkecilkan peranan malim gunung yang tidak disanjung sebagai wira dalam tragedi berkenaan, tetapi sekadar memaklumkan bahawa terdapat juga orang lain yang memainkan peranan penting dalam usaha menyelamat.

Ketika ditemu bual, Mithun, 28, berbangsa Dusun dari Kampung Kinasaraban di kaki Gunung Kinabalu, mengakui bahawa beliau bertanggungjawab mengetuai usaha untuk mencari laluan keluar yang selamat dari permukaan batu gunung Kinabalu untuk ke Laban Rata Lodge.

Mithun juga bekas petugas Mountain Torq, berkata semasa kejadian pada 7.15 pagi itu, beliau sedang menguruskan tempat pemeriksaan di Sayat-Sayat, pondok tertinggi pada kedudukan 3,810 meter.

Pasukan Mountain Torq merupakan pendaki yang bergalaman dan berkelayakan.

[ ATRIKEL BERKAITAN: Penduduk Ranau diminta sentiasa berwaspada ]
[ VIDEO BERKAITAN : Cerita sebenar operasi SAR gemba bumi Sabah

Syarikat berkenaan mengendalikan laluan Via Ferrata (laluan pendakian yang dilindungi), iaitu tapak Warisan Dunia UNESCO, Gunung Kinabalu di Sabah.

"Ketika gunung mula bergegar, saya melihat batu-batuan jatuh dari Puncak Tunku Abdul Rahman (atas Sayat-Sayat). Saya segera memaklum dan mengarahkan semua pendaki yang berada di Sayat-Sayat untuk memanjat semula ke permukaan batu gunung pada atau aras KM7.5 yang masih bebas daripada sebarang kemusnahan.

"Pada masa yang sama, saya menghubungi pejabat Taman Kinabalu (Pusat pentadbiran utama di kaki gunung) untuk memberitahu mereka tentang keadaan kritikal di puncak gunung berkenaan.

"Bermula saat itu, saya sentiasa berhubung dengan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais dan pegawai kanan yang lain selain menyelaras dengan agensi lain yang terlibat dalam operasi menyelamat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, selepas berbincang dengan malim gunung yang lain, beliau mengetuai usaha untuk mencari laluan keluar yang selamat (jalan keluar) untuk ke  Laban Rata.

"Denai asal gunung hampir tidak kelihatan berikutan bongkah batu-batuan  bertaburan merata-rata. Ia suatu keadaan yang amat sukar tetapi dengan pengalaman dan kemahiran saya sebagai pendaki dan jurutali, ia memudahkan usaha berkenaan (mencari laluan).

"Saya mendapat tahu laluan penghujung Via Ferrata, telah sama sekali tidak boleh dilalui berikutan anak-anak tangga pada aras KM6.5 musnah semuanya.

"Serentak itu juga, saya ternampak malim gunung tiba. Mereka merupakan pasukan pertama terdiri daripada Albert Hamilin, Conan Jinnin dan Alfren Minol, datang dari pintu Timpohon (titik permulaan pendaki).

"Saya memberitahu Conan supaya mengambil tali pada penghujung Via Ferrata dan bawanya kepada saya. Selepas membersihkan bongkah batuan yang jatuh itu, saya berupaya mengikat tali menggunakan teknik simpulan 'double fisherman knot' untuk menakik turun.

"Saya juga memberitahu malim gunung agar memastikan terdapat tombol henti pada jarak setiap 1.5 meter untuk memberi pendaki kemudahan untuk mencengkamnya," katanya.

Beliau berkata, kira-kira pukul 11 pagi, beliau dimaklumkan bahawa sebuah helikopter akan mengangkut pendaki terkandas yang berkumpul pada permukaan batu.

"Sekitar pukul 4 petang, masih tidak kelihatan helikopter berkenaan, namun apabila ia akhirnya muncul, helikopter itu tidak dapat mendarat kerana kabus tebal sekitar puncak gunung berkenaan," katanya.

Selepas berbincang dengan malim gunung, Mithun yang menyertai Taman-taman Sabah pada 2014, memutuskan bahawa semua pendaki perlu turun melalui laluan baharu yang telah beliau kenal pasti.

"Saya memberitahu semua orang, terutama malim gunung bahawa kita mesti menggunakan apa sahaja yang kita miliki dan ketika inilah Christopher Peter Ebi tiba pada permukaan batu itu dengan beberapa utas tali dan saya secara peribadi mengikat tali keselamatan," katanya.

Beliau berkata, kumpulan pertama pendaki yang tiba di Laban Rata Lodge pada kedudukan 10,730 kaki, ialah menghampiri pukul 7 malam.

Mithun berkata, dengan usaha menyelamat yang diselaraskan dari bawah, melibatkan pasukan bomba dan penyelamat, anggota tentera serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR), semua pendaki yang terkandas berjaya tiba di pintu  Timpohon sekitar pukul 3 pagi pada 6 Jun.

"Secara keseluruhannya, usaha gigih saya selama 24 jam tanpa henti semasa kejadian gempa bumi 5 Jun lepas itu, benar-benar merupakan satu pengalaman yang baik. Taman-taman Sabah memutuskan untuk memberi saya rehat enam hari untuk membolehkan saya 'menenangkan diri'," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan Sabah untuk pemulihan di Taman Kinabalu. – Bernama


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..