Kota Kinabalu: Usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjejaki saki baki suspek yang dipercayai berbogel puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, berdepan kesukaran berikutan ada dalam kalangan pendaki menggunakan nama samaran dan status kewarganegaraan yang mengelirukan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati ada maklumat diberikan Taman-Taman Sabah (TTS) bercanggah terutama berkaitan identiti dan kewarganegaraan pendaki.

"Perkara ini terbongkar apabila salah seorang suspek wanita warga Britain berusia 24 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau, Rabu lalu menunjukkan keterangan warganegara berbeza berbanding rekod diperolehi daripada TTS.

"Wanita ini adalah warga Britain tetapi mengaku sebagai warga Denmark ketika mendaki gunung berkenaan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pagi tadi.

Jalaluddin berkata, perbuatan itu menyebabkan perkara ini menjadi isu apabila ada nama yang direkodkan tidak betul.- hmetro.com.my

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.