Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh sementara ekoran keadaan berkabus.

Sumber polis berkata langkah itu dibuat bagi mengelak bahaya kepada anggota mencari dan menyelamat dengan usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan apabila cuaca kembali normal.

Yang hilang terdiri daripada seorang guru dan murid.

Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa 16 mayat ditemui sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.

Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.

Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi Jumaat lalu.

Sementara itu di Kota Kinabalu, beberapa ahli keluarga mangsa yang meninggal dilihat menunggu di bilik khas di Hospital Queen Elizabeth di mana pengecaman dan bedah siasat mayat sedang dijalankan di hospital itu. – Bernama, 8 Jun, 2015. - themalaysianinsider

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.