KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan khabar angin yang tersebar dengan meluas bahawa Kabinet akan dirombak.

"Saya rasa, saya tidak perlu melayan teori konspirasi seperti ini. Saya dikatakan sepatutnya meletak jawatan minggu lepas," kata naib presiden Umno itu kepada pemberita di lobi Parlimen.

Menurut penulis blog dikenali sebagai Shabudin Husin, lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi baru-baru ini adalah untuk membuat persiapan mengenai rombakan Kabinet.

Hishammuddin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai lawatan itu. - SINARHARIAN


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.