KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 15 gempa susulan kecil dilaporkan di Ranau sehingga jam 2 petang tadi selepas gempa bumi sederhana dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter, pagi tadi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata Jabatan Meteorologi menjangkakan gempa susulan itu kemungkinan akan terus berlaku hingga struktur tanah di kawasan terbabit stabil.

"Sehubungan itu, saya meminta rakyat Sabah khususnya di Ranau dan kawasan sekitar yang terjejas, agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak secepat mungkin sekiranya berlaku gegaran susulan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau juga menasihatkan orang ramai merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my atau di talian hotline 1 300 22 1MET(1638).

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.