Bencana yang berlaku di kawasan pergunungan sememangnya sangat sukar untuk ditangani. Operasi mencari dan menyelamat cara biasa tidak berfungsi. Keadaan di pergunungan adalah berbeza... sangat berbeza.

Kita tidak boleh menghantar helikopter ke puncak gunung begitu sahaja. Di atas gunung, angin sentiasa kuat dan tidak dapat diramal, penglihatan sentiasa menjadi masalah dan lokasi tapak pendaratan tidak sentiasa ada. Terdapat banyak kes di mana helikopter melakukan kerja menyelamat di kawasan pergunungan telah terhempas.

Anggota penyelamat biasa dari bomba atau polis atau tentera tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan dan pengetahuan yang mendalam mengenai gunung tersebut. Di kebanyakan gunung seluruh dunia, malim gunung memainkan peranan penting dalam operasi SAR. Mereka kenal gunung dengan baik, memahami selok belok dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan. Tidak lupa juga tahap kecergasan ketika operasi SAR di pergunungan. Malim Gunung Kinabalu mengetahui keadaan Gunung Kinabalu dengan baik. Tanpa mereka, tiada operasi menyelamat boleh dilakukan.

Bomba, Tentera dan Polis, sudah tentu mempunyai peranan penting tetapi mereka tidak boleh dianggap lebih tahu mengenai gunung berbanding malim gunung.

Dalam satu pendakian saya baru-baru ini di Himalaya, salah seorang daripada rakan pasukan saya mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kami berada di lokasi (menghampiri 4500m di atas paras laut), tiada komunikasi radio, tidak ada apa-apa. Malim Gunung kami telah menyelamatkan nyawanya. Mereka mengusungnya di belakang turun dari gunung itu, melalui ais dan salji, sehingga kami tiba di kampung terdekat dan boleh meminta pertolongan. Tanpa malim gunung, ahli kumpulan saya itu akan mati.

Pendakian adalah satu aktiviti yang berisiko. Apabila anda memilih untuk mendaki gunung, anda pergi tanpa boleh mengatakan anda juga telah memilih mengambil satu tahap risiko. Adalah penting semua orang memahami perkara ini. Ada RISIKO terlibat. Anda tidak boleh mengharapkan segala bentuk bantuan ketika anda berada di pergunungan.

Sekali lagi, pujian kepada malim gunung dan seluruh pasukan SAR di Gunung Kinabalu. Teruskan usaha!

(Artikel ini dialihbahasa daripada artikel tulisan pendaki berpengalaman: Monyet King - Mountain search and rescue)

**Gambar diambil pada 7 Jun 2015




kredit : https://www.facebook.com/mysabahinfo

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.