Kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan Isnin sebagai hari berkabung ekoran gempa bumi yang melanda Negeri di Bawah Bayu itu semalam.

Menurut laporan Bernama, pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai 11 mayat di kawasan Gunung Kinabalu hari ini, menjadikan 13 jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban setakat ini.

Ia susulan dua mayat dibawa keluar dari kawasan pergunungan itu malam tadi.

Usaha sedang dilakukan untuk menjejaki enam lagi individu yang masih hilang di kawasan pergunungan itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 turut dibatalkan sebagai tanda simpati kepada semua yang terlibat di dalam bencana ini.

Beliau berkata semua jabatan dan agensi dikehendaki menurunkan bendera Sabah separuh tiang sebagai menghormati semua mangsa yang terkorban.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.