Ejen pelancongan 'menangis' kerana kejatuhan ringgit - Presiden MATTA

KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai ringgit menjadikan sumber pendapatan ejen pelancongan di negara ini terjejas terutamanya akibat kemerosotan permintaan rakyat negara ini untuk pakej melancong di luar negara.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Hamzah Rahmat berkata, rata-rata masyarakat yang mahu melancong ke luar negara juga akan berfikir banyak kali sebelum akhirnya memutuskan mengambil pakej percutian hanya di dalam negara.

"Kejatuhan ringgit menjadikan ramai ejen pelancongan mengalami masalah. Permintaan untuk pakej melancong ke luar negara turun.

"Ia memberi kesan terutama pakej ke negara yang mempunyai nilai matawang lebih tinggi daripada ringgit. Situasi ini berbeza semasa ringgit dilihat kukuh sebelum ini," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

BACA: 'Saya antara yang paling gembira bila ringgit jatuh' - Nazri Aziz

Hamzah mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkannya merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

Menurut Nazri, pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi. -astroawani

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong