Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein,  menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini,  hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden UMNO lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Beliau difahamkan kini berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya. Baca selanjutnya >>>

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.