Bung Moktar Radin tunjukkan belang sebenar



Jika saya PM Malaysia, dengan serta merta saya arahkan pihak polis menahan dan menyoal siasat Bung Moktar atas kenyataan beliau yang berbaur ugutan. Sudah berapa banyak ahli parliment didatangi oleh penunjuk perasaan, belum ada seorang pun di antara mereka mengeluarkan ugutan bunuh terhadap penunjuk perasaan.

Bung Moktar berang dengan satu protes yang diadakan di luar kediamannya di Ampang, sehinggakan beliau berkata "mungkin ada yang mati" jika beliau berada di rumah ketika insiden itu. Daripada kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai niat mahu membunuh penunjuk perasaan. Jika sekiranya beliau yang difikirkan mati tentu sekali beliau akan berkata " mungkin saya akan mati kalau saya berada di rumah semasa insiden".

Sekumpulan wanita dari Ampang telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan rumahnya hari ini, sambil memegang sepanduk dan sambil melaungkan 'reformasi'. Protes itu, yang diadakan sebagai tindak balas terhadap kenyataannya yang didakwa 'seksis' terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, merupakan satu bentuk gangguan terhadap keluarganya.

"Nasib baik saya tidak ada. Kalau saya ada, mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya," tegasnya. Kenyataan ini merupakan satu ugutan melampau Bung Moktar  seorang ahli parlimen UMNO.

Penduduk Kinabatangan patut berasa malu mempunyai seorang ahli parlimen yang berlagak samseng. Tindakan Bung Moktar akan memberikan persepsi tidak baik penduduk dari daerah lain bahawa orang Kinabatangan merupakan masyarakat yang ganas dan suka membunuh.


Disunting dari : Malaysiakini



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'