Zahid: Simptom positif sokong BN di Permatang Pauh


Keputusan PRK Permatang Pauh menunjukkan simptom positif kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengarah Pilihan Raya Jentera BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Simptom positif ini memberi sinar baru kepada perjuangan Umno di Permatang Pauh. Tahniah dan syabas kepada pengundi yang sebelum ini berstatus hitam, kini telah memberi sokongan kepada BN," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Permatang Pauh malam tadi.

Beliau berkata walaupun tewas PRK itu namun, ia menampakkan perubahan dan peningkatan sokongan yang besar kepada BN.

Rekod :

PRU13
Keadilan : 37,090
Barisan Nasional : 25,369
Bebas : 201
Undi Rosak : 672
Peratus Mengundi :  88.33%


PRK 7 Mei 2015
Keadilan : 30,316
Barisan Nasional : 21,475
Bebas : 367
PRM : 101
Undi Rosak : 843
Peratus Mengundi  : 73%








loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'