Vatican akui status Palestin sebagai sebuah negara

VATICAN CITY: Negara Vatican telah menyiapkan dokumentasi perjanjian yang mengakui bahawa Palestin sebagai sebuah negara.

Wakil Menteri Luar Vatican Antoine Camilleri menjelaskan, perjanjian tersebut diharapkan dapat mewujudkan penyelesaian dua negara, termasuk mengakhiri konflik dengan Israel, lapor AlJazeera.

Sebuah perjanjian bersama yang dikeluarkan oleh Vatican pada Rabu menyebut bahawa isi perjanjian itu telah dirumuskan dan akan ditandatangan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkaitan.

Tindakan itu bagaimanapun telah menimbulkan kekecewaan pemerintah Israel dengan mengatakan bahawa keputusan itu mengganggu rundingan bilateral.

“Kami telah mengakui kewujudan negara Palestin sejak ia diiktiraf pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), malah dalam buku tahunan rasmi Vatican juga Palestin sudah disenaraikan,” ujar jurucakap Vatican Federico Lombardi.

Pada 29 November 2012, Perhimpunan Agung PBB telah menerima resolusi yang mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota.

Langkah itu ternyata dialu-alukan oleh Vatican, yang juga memiliki status pemerhati bukan anggota di PBB.

Ahli jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Hanan Ashrawi, berbesar hati dengan pengiktirafan Vatican tersebut.

“Signifikasi pengiktirafan ini melampaui sebarang batas perundangan dan politik seterusnya suatu simbol sokongan moral.

"Ia memancarkan isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat palestin mempunyai hak ke atas kebebasan dan pengiktirafan rasmi,” ujarnya.

Dengan pengakuan tersebut, Vatican menyertai banyak negara Eropah lain yang turut mengakui kedaulatan Palestin seperti England, Ireland, Sepanyol, Perancis dan Sweden.


Read more at: www.astroawani.com



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'