Usul tidak percaya PM ditolak


NUSAJAYA - Speaker Dun Johor menolak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibahaskan seperti dicadangkan oleh Adun DAP pada Persidangan Ketiga Dun Johor ke-13, semalam.

Tan Sri Mohamad Aziz menolak usul berkenaan yang dikemukakan oleh  Adun (DAP-Pekan Nenas), Yeo Tung Siong mengikut Bilangan 45 (16) Peraturan -Perturan dan Penetapan Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurutnya, dalam peraturan itu menetapkan seorang ahli tidak boleh bercakap atas sebarang perkara yang ia ada faedah kewangan di dalamnya dengan tidak menzahirkan sebanyak mana faedahnya itu.

Nama Yang Dipertuan Agong atau  Raja-raja Melayu atau nama Gabenor Pulau Pinang atau Melaka atau  sesiapa jua di antara Pemangku Raja atau Pemangkunya bagi sesebuah Negeri Melayu tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Dun.

Ia juga termasuk Ahli Parlimen, Adun dan hakim yang bertanggungjawab menjalankan keadilan tidak boleh dibangkitkan, dikecualikan atas sesuatu rundingan tertentu dan dalam pindaan atau soal kepada seorang ahli atau kenyataan dalam perbahasan atas sesuatu rundingan mengenai sebarang perkara lain.

Pada sidang media, Tung Siong mengakui berasa amat kecewa terhadap keputusan Speaker yang menolak usul berkenaan untuk dibahaskan sekali gus pandangan suara rakyat tidak dapat diutarakan.

“Tujuan saya membawa rundingan ini adalah membawa suara rakyat untuk dibincangkan terhadap kreadibiliti Najib sekali gus mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,  Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB.

“Saya juga yakin rakyat sudah pasti berasa kecewa apabila isu berkaitan Perdana Menteri termasuk terbaharu skandal pembelian tanah TRX milik 1MDB oleh Tabung Haji tidak dapat dibincangkan dalam persidangan Dun Johor,” katanya. -Sinarharian



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'