KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin meletakkan jawatan hanya memalukan dirinya sendiri.

Menurut Pandikar, sememangnya beliau dan Dr Mahathir tidak berbohong mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir telah melanggar etika kerahsiaan antara individu dalam pertemuan mereka pada 13 Mac lalu kerana segala perkara yang dibincangkan tidak patut diberitahu kepada orang lain.

"Saya akui telah curahkan isi hati berhubung kekecewaan dengan tugas sebagai Speaker Dewan Rakyat dan meluahkan hasrat untuk letak jawatan. Saya ibaratkannya sebagai curahan isi hati anak kepada bapa.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pandikar telah malukan saya, kata Tun M]

"Mungkin atas keghairahan Dr Mahathir sendiri untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, beliau bukannya menasihati saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan.

"Sebaliknya beliau yang menyuruh saya meletakkan jawatan dengan kadar segera," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini mendedahkan perkara itu pada sidang media di satu program di Ipoh, Perak.

"Dia datang bertemu saya. Dia beritahu dia tidak mahu meneruskan lagi, sekarang tugas beliau disandang oleh timbalannya," beliau dipetik sebagai berkata.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.