Terima kasih cikgu!


Salam 1Malaysia, setiap tahun, kita akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik kita.

Saya masih ingat waktu saya belajar dulu, guru-guru saya pada ketika itu amat tegas dalam mendidik.

Namun dalam ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang.

Penat lelah jerih payah guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik bagi kita.

Alhamdulillah, saya berada di mana saya berada sekarang berkat hasil didikan mereka.

Kini, walaupun mungkin ada perubahan dari segi kurikulum dan teknik pengajaran, tugas murni guru masih menjadi tunjang utama dalam memastikan generasi kini dan akan datang adalah insan cemerlang dan mampu meneruskan perjuangan memimpin negara.

Jasa guru tidak mungkin dilupakan dan bagi diri saya sendiri serta semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan Terima Kasih Cikgu dan Selamat Hari Guru!

Datuk Seri Najib Razak,

Perdana Menteri



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong