Selepas 40,000 orang hadir dalam perhimpunan setiakawan dengannya di Sabah semalam, adakah suara berbeza menanti Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini?

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (kiri) berkata beliau difahamkan bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat bawah, terutama dalam parti sendiri.

“...dan mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno petang ini,” kata bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin mengaitkan kemungkinan itu dengan memetik kenyataan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pagi ini.

Memetik TV3, Zainuddin berkata Shahrizat telah pun memberitahu, apa pun yang akan berlaku, biarlah seperti menarik benang dalam tepung supaya parti jangan berpecah.  - Malaysiakini



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.