Misteri kubur besar


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada Isnin, susulan penemuan kubur besar di Perlis.

Lokasi kubur yang dikesan Padang Besar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dikatakan menempatkan lebih 100 mayat pendatang Rohingya.

Kubur besar berkenaan dikatakan ditemui pasukan forensik dan komando polis dari Bukit Aman, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, tiada maklumat terperinci diberikan kerana polis sedang menjalankan operasi.

Menurut sumber, kubur berkenaan ditemui di kawasan berbukit dan kini dikawal ketat pihak berkuasa. -FMT

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong