Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Misteri Jalan Puncak Alam

 Misteri Jalan Puncak Alam

Salah satu babak yang diselitkan dalam filem tersebut.

UNIVERSITI Tekonlogi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaharu UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.

Sebelum pembinaan kampus ini, UiTM telah menubuhkan kampus yang berdekatan dengan kawasan ini iaitu UiTM Kampus Puncak Perdana.

Kawasan ini lebih sinonim dengan golongan pelajar walaupun ada beberapa kawasan perumahan baharu telah diperkenalkan kepada penduduk di kawasan berdekatan.

Namun ketika itu, jalan untuk menuju ke kampus berkenaan masih sunyi sehingga mengundang beberapa kisah-kisah seram yang dikongsi oleh pengguna jalan berkenaan.

Menyedari kisah-kisah yang pernah menghantui pengguna jalan berkenaan boleh dijadikan karya yang diangkat ke layar perak, syarikat produksi, Mangkin Prestij Sdn Bhd, tampil dengan filem terbaharunya, Jalan Puncak Alam yang bakal ditayangkan mulai 7 Mei ini.

Memberi kepercayaan penuh kepada pengarah baharu, Dharma Aizat, dalam membawa penceritaan ini kepada penonton, Jalan Puncak Alam sememangnya ada misteri yang tersendiri.

Menurut pengarah filem Ia Wujud ini, tidak dinafikan, jalan ini adalah laluan yang sunyi dan menyimpan pelbagai kisah seram yang tersendiri.

"Idea menghasilkan filem ini adalah daripada pihak produksi. Namun, untuk memecahkannya kepada beberapa kisah itu adalah tanggungjawab saya sendiri.

"Untuk menghasilkan filem ini, saya mengumpul beberapa kisah dan bertanya sendiri kepada pengguna jalan tersebut yang terdiri daripada golongan pelajar dan penduduk di situ.

"Pelbagai kisah yang mereka kongsikan dan saya adunkan dalam satu filem ini. Namun yang pasti, Jalan Puncak Alam adalah salah satu jalan sunyi yang ada misterinya," katanya yang sebelum ini bertindak sebagai pembantu pengarah, Pierre Andre.

Tambah Dharma, beberapa insiden seram telah berlaku kepada pelakon dan kru produksi di sepanjang proses penggambaran mereka di sana.

"Ketika menjalani penggambaran berkenaan, tiba-tiba pelakon, Nizam Zaidi, hilang kawalan emosi dan saya sedar, itu bukanlah sikap sebenar Nizam. Dia tidak dapat memberi fokus kepada watak dan emosinya terganggu.

"Begitu juga dengan pelakon cilik yang memegang watak sebagai hantu budak, dia turut berdepan gangguan.

"Apabila kami mahu 'shoot' di kawasan tasik, dia menolak dan asyik memandang ke arah itu. Kami juga turut membawa ustaz ke lokasi.

"Kemudian, dia bercerita kepada ibu dan bapanya yang dia ternampak susuk badan budak kecil di dalam tasik berkenaan. Namun, saya tidak menceritakan perkara itu kepada kru kerana bimbang mereka ketakutan. Selepas siap semuanya, baru saya buka mulut," katanya yang terpaksa menukar babak lain ekoran keengganan kanak-kanak itu.


Hasil kerja memuaskan

Mengambil masa selama seminggu untuk menyudahkan proses penggambaran, Dharma memberitahu hampir 96 peratus babak melibatkan kawasan Puncak Alam.

Katanya, kejadian dalam satu malam itu menggunakan waktu malam secara keseluruhannya dan mereka terpaksa bekerja dari selepas Isyak sehingga Subuh.

"Penggambaran untuk filem ini dibuat pada tahun lalu, selepas Hari Raya Aidilfitri. Ia mengisahkan mengenai seorang pelajar, Azizi, yang terpaksa menggunakan jalan sunyi itu untuk balik ke rumah setelah menyiapkan tugasan di kampus berkenaan.

"Namun, dalam perjalanan pulang, motosikal yang dinaiki telah kehabisan minyak dan terpaksa meminta pertolongan daripada rakan baiknya, Hanif. Dari situlah bermulanya insiden demi insiden di luar jangkaan mereka serta kejadian-kejadian pelik," jelas Dharma.

Katanya, sepanjang bekerjasama dengan pelakon, Nizam Zaidi dan Azwan Kombos, dia tidak menghadapi sebarang masalah kerana komitmen yang diberikan pelakon itu sangat baik.

"Walaupun mereka adalah di kalangan pelakon baharu, namun mereka tahu apa yang perlu mereka buat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menghayati watak.

"Sebelum ini, ada yang memberitahu bahawa sukar untuk bekerja dengan pelakon baharu, namun bagi saya, mereka sangat profesional dan memberikan hasil kerja yang memuaskan.

"Hampir keseluruhan filem ini hanya melibatkan dua pelakon ini sahaja dan sebelum memulakan penggambaran, kami telah pergi ke lokasi terlebih dahulu untuk meninjau tempat-tempat yang bakal digunakan," katanya lagi.


Harap dapat sambutan

Walaupun sebelum ini Dharma pernah diberi kepercayaan untuk mengarah filem genre sama, Ia Wujud, namun cabaran dari beberapa aspek tetap ada.

Katanya, selain daripada kekangan bajet, dia juga berdepan dengan cabaran dari segi masa yang diperuntukkan iaitu selama seminggu.

"Menyedari industri kini tidak terlalu kukuh dalam memberi jaminan di panggung, pihak produksi perlu mengehadkan peruntukan bajet.

"Dengan bajet yang ada, saya perlu menjadikan filem ini antara karya yang berkualiti agar tidak disamakan dengan filem pendek semata-mata.

"Dari segi masa pula, seminggu itu bukanlah satu waktu yang lama kerana dalam waktu itu, kami terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Sekiranya hujan, kita terpaksa menghentikan dahulu kerja-kerja penggambaran.

"Namun, Alhamdulillah, dengan semangat dan bantuan daripada kru produksi, filem ini berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya berharap agar ianya berjaya menarik minat penonton untuk melangkah ke pawagam," katanya.

Mengharapkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton, Dharma memberitahu bahawa filem ini adalah lebih kepada pengalaman yang dikongsi bersama orang yang pernah mengalami kejadian pelik di situ.

"Setiap tempat itu ada misterinya kerana imaginasi itu adalah sesuatu yang subjektif. Cuma dalam filem ini, ianya melibatkan jalan berkenaan setelah merujuk kepada beberapa kisah yang dikongsikan bersama," jelasnya lagi.

- Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..