Menteri Muda Sarawak disiasat dakwaan rasuah


SHAH ALAM - Seorang Menteri Muda Sarawak telah diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, siasatan itu berkaitan dengan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitulmal Makmur II bernilai lebih RM250 juta.

“Turut diambil keterangan ialah seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 50-an, yang merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik Kerajaan Negeri Sarawak tersebut. Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik Menteri Muda tersebut telah dibekukan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini. -Sinarharian


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong