KUALA LUMPUR: Lenovo Malaysia melancarkan model A7000, telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan teknologi audio Dolby Atmos.

Ia dijual pada harga RM699, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Negara, Foo Mun Yee, berkata telefon itu yang dilengkapi dengan teknologi audio memenuhi keperluan mereka yang bergantung kepada telefon untuk menikmati muzik, video atau bermain permainan.

Selama enam minggu bermula dari 20 Mei dan dengan kerjasama Lazada Group, A7000 akan dijual melalui Lazada.MY dengan harga RM625 termasuk GST, kata beliau pada majlis pelancaran model telefon itu hari ini.

Penjualan telefon pintar itu akan dibuat secara eksklusif merentasi enam negara di Asia Tenggara di mana Lazada beroperasi. "Pendaftaran untuk pembelian bermula hari ini dengan jualan besar-besaran bermula 20 Mei ini," katanya.

Ketua Pegawai Komersial Lazada Malaysia, Christian Nill berkata A7000 adalah model terbaik untuk Lazada jual di laman webnya. Pada tahun 2014, Lenovo menjual 25 juta peranti keluarannya di seluruh dunia, dan angka ini dijangka meningkat kepada 100 juta pada tahun ini. - BERNAMA

 Telefon Dolby Atmos

Model Lenovo A7000 menjadi telefon pintar pertama yang mengguna pakai sistem audio Dolby Atmos sekali gus menjadikannya peranti menarik untuk menonton video atau mendengar lagu kegemaran anda.

Ia dilengkapi skrin HD 5.5 inci dengan keupayaan dua slot kad SIM yang menyokong LTE di slot pertama dan rangkaian 2G pada SIM kedua berkuasakan CPU MediaTek True8Core MT6752M 64 bit dengan octa core kelajuan 1.5GHz.

Menggunakan bateri berkapasiti 2900mAh, model sama turut memperoleh RAM sebanyak 2GB di samping storan utama 8GB.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.