Kereta berterbangan


AMERIKA SYARIKAT – Tiga wilayah di Amerika Syarikat Oklahoma, Kansas dan Nebraska dilanda beberapa puting beliung berasingan yang merosakkan jalan raya, mengganggu jadual penerbangan dan banyak barangan berterbangan di udara pada Rabu waktu tempatan.

Memetik laporan USA Today, angin yang berpusing sekitar bandar Oklahoma memaksa evakuasi dilakukan di Lapangan Terbang Will Rogers.

Melalui Tweet daripada pemerintah bandar Oklahoma pula, banjir kilat melanda kawasan itu buat pertama kali dan pihak berkuasa mengeluarkan arahan larangan memandu memandangkan keadaan terlalu bahaya.

Sementara laporan The Weather Channel menunjukkan setakat ini, 20 puting beliung telah melanda tiga wilayah itu.

Akibat kejadian itu, banyak rumah dilaporkan rosak teruk, kereta diterbangkan, evakusi di lapangan terbang dalam terowong dan beberapa orang awam cedera. -SInarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong