Kemalangan Duke : Individu bertanggungjawab patut dihukum

KUALA LUMPUR: Nahas di Lebuhraya Duke pada awal pagi tadi mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan.

Walau bagaimanapun, dua pemandu kereta Myvi yang dilaporkan menjadi punca kemalangan itu hanya mengalami  cedera ringan selain seorang lagi rakan mereka yang tidak mengalami kecederaan.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian tersebut berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi itu.

Laman Twitter pula dibanjiri reaksi dari orang ramai yang berkongsi kesedihan selain mereka yang berang terhadap tragedi itu.

Beberapa pengguna Twitter meratapi nasib ketiga beranak yang terbunuh dengan menyatakan bahawa mereka yang tidak bersalah yang menjadi mangsa.




Baca : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-pemandu-berlumba-atas-duke-3-maut-termasuk-bayi-berusia-6-bulan-59102

Dalam kejadian itu sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong