Putrajaya memperkenalkan sekatan baru terhadap pengimportan Bible berbahasa Melayu Alkitab, bawah prosedur operasi piawai (SOP) Kementerian Dalam Negeri.

Sekatan yang diperkenalkan secara unilateral itu juga memberi kesan terhadap pengimportan dan penggunaan penerbitan Kristian berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, Tan Sri Joseph Kurup, menteri perpaduan kebangsaan yang mendedahkan SOP itu minggu lalu, cepat sekali memberi jaminan bahawa pemimpin BN “bersumpah” melindungi kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan.

Perkara ini ibarat jauh panggang dari api.

SOP baru itu secara khusus mensasarkan masyarakat Kristian dan melibatkan pengimportan dan penggunaan Alkitab.

Pengimportan itu sekarang tertakluk bawah undang-undang yang pada mulanya hanya untuk orang Islam – Akta Percetakan Teks al-Quran 1986.

Pengimport kini harus memohon kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai kata putus sama ada sesuatu import itu dibenarkan.

Syarat tunggal yang ditetapkan itu menggariskan bahawa penerbitan penerbitan tersebut tidak boleh mengandungi kalimah Allah. Perkara ini jelas sekali bertentangan dengan peruntukan perlembagaan berkaitan kebebasan beragama.

Perkara 11(3a) Perlembagaan Persekutuan menyebut, antara lain, setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agama masing-masing.

Hak bumiputera Kristian yang berbahasa Melayu untuk memiliki kitab suci sendiri dalam bahasa Melayu tidak terpisah dengan hak asasi sejagat.

Justeru Putrajaya tidak harus campur tangan dalam hal ehwal gereja yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan mereka.

Dua pertiga dari gereja di Malaysia terletak di Malaysia Timur, yang dianggotai kalangan bumiputera yang bertutur dalam bahasa Melayu.

Apa yang membimbangkan, SOP baru itu muncul ketika mahkamah masih meneliti kesahan sekatan ke atas golongan bumiputera Kristian untuk menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada tuhan.

Kes ini dirujuk sebagai kes Jill Ireland Sarawak dan Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah cases.

Maka, pengenalan SOP baru baru pada peringkat ini bukan hanya menunjukkan penguasaan agama dan keangkuhan tetapi juga menghampiri penghinaan pada mahkamah.

Walaupun SOP baru juga melibatkan gereja dan bumiputera Kristian di Semenanjung Malaysia, Kurup atau KDN tidak pun berunding atau menerangkan perkara ini kepada mereka.

Seorang pemimpin Kristian di Petaling Jaya yang enggan namanya disebut melihat perkara itu sebagai cubaan untuk mengambil hati birokrat agama “supaya kerajaan BN dilihat melakukan sesuatu”.

Tetapi Kurup dilaporkan memberitahu pemimpin Kristian di Kuching bahawa BN adalah kerajaan bertanggungjawab dan tidak akan menganiaya warganya sendiri.

“Kami bersumpah melindungi perlembagaan persekutuan dan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing,” katanya.

Di Kota Kinabalu pula, beliau dilaporkan memberi jaminan bahawa:

“Kerajaan BN bertanggungjawab penuh mempertahankan perlembagaan dan kebebasan beragama, suatu perkara yang sering diingatkan oleh perdana menteri kepada jemaah menteri apabila perkara sebegitu timbul dalam mesyuarat kabinet.”

Padahal Kuruplah pihak pertama yang mendedahkan Putrajaya akan membentuk SOP susulan rampasan 574 buku Kristian bahasa Melayu dan 419 CD dari Medan di lapangan terbang tambah murah Sepang yang dijadual ke Kota Kinabalu.

Kurup campur tangan dan penerbitan itu dilepaskan. Beliau kemudian berkata pemimpin gereja akan dibawa berunding dalam merangka SOP baru.

Dakwaan ini juga jauh menyimpang dari perkara sebenar. Rundingan seperti itu tidak berlaku.

Pemimpin gereja juga terkedu apabila Kurup menemui mereka pada 16 April di Kuching dan seminggu kemudian di Kota Kinabalu untuk mengumumkan SOP baru.

Taklimat itu disampaikan oleh pegawai kanan bahagian Kawalan Teks al-Quran.

Beliau hanya membentangkan SOP baru dengan PowerPoint tetapi pihak yang hadir bertegas mahukan salinannya. Walaupun hampir sama, salinan SOP diberikan tidak serupa.


BOB TEOH bekas setiausaha agung Gabungan Wartawan Asean.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.