SYARIKAT pembuatan alat Elektronik LG mencatat peningkatan jualan dalam segmen telefon pintar dengan jumlah sebanyak 15.4 juta unit pada suku pertama tahun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, jumlah penjualan meningkat sebanyak 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Jualan di Amerika Utara meningkat 66 peratus dan di Korea meningkat 57 peratus dengan pengenalan telefon pintar baharu iaitu G Flex2 premium.

“Manakala, untuk suku kedua tahun ini pula, kami yakin pelancaran telefon pintar LG G4 mampu meningkatkan keuntungan syarikat,” katanya.

Menurutnya, selain segmen telefon pintar, pemasaran televisyen 4K Ultra HD dan Oled TV juga diyakini meningkatkan permintaan produknya di Asia dan Amerika Utara untuk suku kedua tahun ini.

- Sinarharian


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.