Hudud di Kelantan masih kabur

Rawang : Cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan dilihat ‘masih kabur’ berikutan belum ada sebarang kata putus antara tiga parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, hudud tidak pernah menjadi kesepakatan bersama ketiga-tiga parti itu di dalam Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas mengenai serangan terbaru Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Khim yang menegaskan pelaksanaan hukuman hudud yang dibawa PAS selama ini tidak termaktub dalam persetujuan PAS, PKR dan DAP.

“Itu bukan serangan, dalam PR kita ada agenda bersama contohnya ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang kita sudah persetujui bersama untuk diperjuangkan.

“Jika ada perbezaan pendapat kita akan berbincang seperti sebuah keluarga dan ini sudah banyak kali berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Tasik Puteri, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..