PETALING JAYA: Sikap selamba Khairy Jamaluddin menggunakan skateboard bagi meninjau sekitar program Festival Belia Putrajaya 2015 pada Sabtu mendapat perhatian ramai.

Menteri Belia dan Sukan itu mengenakan pakaian seperti lelaki biasa-berseluar jeans dan tshirt- untuk meninjau dengan lebih dekat perjalanan festival di Putrajaya itu.

“Inilah menteri yang kami mahukan. Merendah diri dan dekat dengan rakyat ,” antara komen pengguna Facebook terhadap gambar Khairy yang dimuat naik di laman sosial.

Rata-rata mereka memuji dengan kaedah yang Khairy gunakan yang dianggap amat jarang dilakukan pemimpin lain khususnya ahli politik lain yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

“Kipidap, kami suka gaya anda,” kata pengguna Facebook, Maslinda.

“Menteri belia yang osem,” tulis Mohd Asri.

Namun, ada juga pengguna Facebook yang meluahkan kekecewaan apabila pihak kementerian lebih menaruh kepercayaan terhadap syarikat perunding luar bagi acara itu berbanding Rakan Muda.

Festival Belia Putrajaya 2015 merupakan acara tahunan yang pertama kali dianjurkan di bawah program Rakan Muda.

Pelbagai program menarik diadakan khas untuk belia selama dua hari, 22 dan 23 Mei 2015 di Dataran Gemilang yang bertemakan Talent Showcase. FMT

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.