Pertarungan itu sekali gus mengangkat juara tinju Amerika Syarikat itu sebagai peninju yang berjaya mengekalkan rekod kejuaraan tanpa kalah dalam arena tinju.
Pertarungan bersejarah itu turut disaksikan secara langsung oleh rakyat Malaysia melalui saluran HBO di Astro yang dibawakan dari Las Vegas.
Kemenangan 48-0 itu sekaligus menambah gelaran super welterwight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Majlis Tinju Dunia (WBC), Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) dan The Ring kepada Mayweather.
Namun begitu, Pacquiao ketika ditemui AFP berkata, beliau menyangka sudah melakukan segalanya untuk meraih kemenangang.
"Saya fikir saya boleh menang kerana dia tidak berbuat apa-apa," kata Pacquiao.
Pacquiao tumbang 57-6 dengan dua seri.
Mayweather diumumkan menang selepas bertarung dalam 12 pusingan menentang ikon tinju dari Filipina itu.
- Astroawani
Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.