Cerita sebenar mengenai pembunuhan Osama?


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wartawan yang juga pemenang anugerah Pulitzer mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah berbohong kepada rakyat Amerika mengenai pembunuhan Osama Laden pada tahun 2011.

Seymour Hersh mendakwa dalam artikel yang dimuatkan 'London Review of Books', tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.

Hersh memetik satu sumber yang tidak dinamakan mendakwa, perkhidmatan Perisikan Pakistan telah melumpuhkan sumber tenaga di pekarangan rumah Osama lebih awal sebelum serbuan untuk membantu pasukan SEAL dan mengelakkan campur tangan tentera tempatan

Pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan dan diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.

Barrack Obama menyembunyikan kebenaran tentang serbuan satu tahun sebelum pilihan raya dalam usaha untuk meningkatkan populariti pentadbirannya, dakwa Hersh.

Osama Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa sebaliknya dia dikebumikan di Afghanistan.

Tambahnya lagi, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.

"Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu kata pegawai kanan risikan yang telah bersara," yang dipetik Hers dalam artikelnya.

Sementera itu, Jurucakap Keselamatan Negara White House, Ned Price menolak dakwaaan tersebut dan menganggap laporan yang dikeluarkan itu sebagai tidak berasas.

"Terdapat terlalu banyak dakwaan yang tidak tepat dan tidak berasas," katanya. - Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong