SEORANG warga emas yang parah selepas kepalanya terkoyak akibat dihentak televisyen dan meja kecil oleh anak lelakinya Ahad lalu, meninggal dunia jam 9.40 malam tadi.

Mangsa, Tahar Mohammad, 73 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Suspek sudah ditahan pada hari kejadian dan kita masih menyiasat kes ini termasuk rekod kesihatan suspek berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai masalah mental,” katanya.

Selain itu, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama anaknya itu di Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu dihentak ketika sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen kira-kira jam 6.30 pagi.

-MYNEWSHUB.CC


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.