MENCARI telefon pintar dengan sambungan 4G dan internet berkelajuan tinggi pada tanda harga rendah mungkin agak susah untuk didapati dewasa ini, tapi Acer Liquid Z410 mengemukakan tawaran yang berlainan daripada trend semasa.

Telefon pintar terbaharu ini menjadi peranti pertama Acer dengan 4G LTE seiring dengan jaringan 4G LTE di negara kita yang semakin berkembang dan meluas.

Peranti ini juga menyokong frekuensi dual band, yakni 900MHz dan 1800Mhz.

Spesifikasi telefon pintar ini juga cukup menarik, skrin 4.5 inci (11.5 sm) dan prosesor empat teras 64-bit MT6732M yang mempunyai kelajuan 1,3GHz. Prosesor ini juga disokong oleh RAM sebesar 1GB, memori dalaman 8GB dan bateri 2000 mAh. Tidak lupa, Acer juga meletakkan kamera utama 5MP, sementara di bahagian hadapan terdapat kamera sekunder 2MP. Fungsi dual-shot juga membolehkan pengguna menangkap gambar menggunakan kedua kamera serentak. Ini kelebihan yang ditonjolkan oleh telefon pintar terbaharu Acer ini. Telefon pintar ini sudah mula berada di pasaran dengan harga mampu dimiliki sekitar RM450. Bagi mereka yang mahukan mencari telefon pintar berkelajuan tinggi dengan harga yang rendah, mungkin Acer Liquid Z410 adalah jawapan yang terbaik.

Selanjutnya di : www.bharian.com.my


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.