Wanita Buka Coli Di Petaling Street Positif Dadah Jenis Syabu


SEORANG wanita warga tempatan yang menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling dengan membuka colinya memberitahu pihak polis bahawa dia langsung tidak mengingati insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainol Samah, selepas pemeriksaan dilakukan, wanita berusia 32 tahun itu positif mengambil dadah jenis syabu ketika kejadian itu berlaku.

“Kami telah menahan wanita tersebut pada Sabtu lalu tapi hanya dapat menjalankan soal siasat sebaik dia sedar dari pengsan. Hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif mengambil dadah jenis syabu,” katanya memetik The Star.

Zainol turut memberitahu, wanita itu langsung tidak mengingati insiden tersebut ketika disoal siasat pihak polis.

“Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaraya dan berkemungkinan dia akan didakwa pada hari ini,” katanya lagi.

Sementara itu, wanita tersebut dipercayai merupakan seorang model kelahiran Sabah dan pernah menyertai program pencarian dewi anjuran sebuah majalah tempatan.

Dalam laporan sebelum ini, wanita itu dikatakan berang apabila dia dituduh enggan membayar harga makanannya sehingga nekad menanggalkan pakaian di kawasan tumpuan pelancong itu. – MYNEWSHUB.CC

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'